MY : +6019 883 1787 | ksa : +966 54 271 8257 salam@yasalam.com.my

Soalan Lazim Ya Salam Travel & Tours

1. UMUM MENGENAI YA SALAM TRAVEL

S: Siapakah Ya Salam Travel & Tours?

J : Ya Salam Travel & Tours adalah sebuah agensi pelancongan berlesen yang mana fokusnya lebih ke arah pelancongan ibadah umrah dan perkhidmatan darat (ground services) di Madinah & Makkah. Kami berdaftar secara rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan mempunyai keahlian dalam Bumitra serta PAPUH. Ya Salam Travel & Tours beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia dan Madinah al Munawarrah.

S : Apakah kepakaran utama Ya Salam?

J : Ya Salam Travel & Tours mempunyai kepakaran dalam menguruskan perjalanan umrah jemaah sama ada secara berkumpulan / persendirian dan perkhidmatan lapangan (ground handling) di Makkah & Madinah. Kami sangat komited dalam memastikan keselesaan dan kebajikan jemaah sepanjang berada di Makkah dan Madinah.

2. PAKEJ UMRAH & ZIARAH

S : Apakah pakej umrah yang ditawarkan oleh Ya Salam?

J: Di Ya Salam Travel & Tours, kami menawarkan pelbagai pilihan pakej umrah, dari mesra bajet hinggalah ke pakej paling lengkap. Ia merangkumi penginapan, pengangkutan, mutawwif, visa dan lawatan/ziarah. Kami juga menyediakan pakej umrah persendirian yang dirangka mengikut keperluan dan bajet yang pelanggan tetapkan.

S : Bilakah waktu terbaik untuk menunaikan umrah?

J: Tiada waktu terbaik yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pelanggan boleh memilih sama ada ingin menunaikan umrah di musim panas atau musim sejuk, juga boleh memilih antara musim cuti sekolah atau musim biasa serta di bulan Ramadan.

S : Bolehkah saya menyesuaikan pakej mengikut keperluan keluarga?

J: Ya, boleh. Kami menyediakan pakej umrah persendirian (private/custom) untuk keluarga atau kumpulan kecil dengan keperluan khas seperti warga emas, anak kecil, atau keperluan khas wanita.

S : Apa keistimewaan yang ada dalam pakej umrah?

J: Semua jemaah berdaftar akan berpeluang merasai Makan Malam di Ladang Aryaf Taibah, Madinah, berkonsepkan tempatan. Selain itu, semua Habibies berdaftar bakal mendapat Kurma Asli Madinah keluaran Aryaf Taibah.

Bagi Habibies yang mendaftar Pakej Umrah Habibies Deluxe dan Eksklusif, Habibies bakal mendapat kain ihram bagi lelaki dan mini telekung bagi wanita.

3. TEMPAHAN & PENDAFTARAN

S : Bagaimana cara untuk mendaftar?

J: Habibies boleh mendaftar pakej secara dalam talian melalui laman web kami, atau hadir terus ke pejabat Ya Salam. Maklumat yang diperlukan semasa pendaftaran adalah
– Salinan kad pengenalan (Nama penuh, no kad pengenalan
– Maklumat Kesihatan / ubatan (sekiranya ada)
– Maklumat waris (untuk kecemasan)

S : Berapa deposit diperlukan untuk mendaftar?

J: Deposit hanya RM1,000 untuk setiap pendaftaran. Pembayaran boleh dibuat secara pindahan wang atau tunai.

S : Apakah dokumen yang diperlukan?

J: Semua dokumen yang dinyatakan dibawah adalah wajib bagi melancarkan proses umrah anda.
– Salinan pasport antarabangsa – Salinan berwarna (sah sekurang- kurangnya 6 bulan dari tarikh penerbangan)
– Gambar berukuran pasport latar belakang putih (1 keping)
– Buku / surat / kad vaksinasi

S : Bolehkah saya daftarkan ahli keluarga?

J: Ya, Habibies boleh mendaftar bagi pihak pasangan, ibu bapa, atau anak- anak dengan syarat semua maklumat yang diperlukan adalah lengkap.

S : Saya ingin mendaftarkan anak saya yang masih bayi. Adakah deposit tetap kena dibayar?

J: Ya, semua jemaah perlu didaftarkan walaupun masih bayi. Bayi dikira dari umur 0 sehingga 2 tahun, sebelum hari jadi ke-2. Dan deposit adalah RM 1,000 untuk setiap jemaah berdaftar.

4. VISA & IMIGRESEN

S : Berapa lama masa diperlukan untuk permohonan visa umrah?

J: Proses visa biasanya mengambil masa antara 5 hingga 10 hari bekerja selepas semua dokumen lengkap diterima.

S : Bolehkah saya guna visa pelancong untuk umrah?

J: Boleh.

S : Adakah saya perlu lakukan permohonan visa sendiri?

J: Bagi yang mendaftar dengan pakej umrah sedia ada, Habibies tidak perlu momohon visa sendiri. Semua harga pakej umrah Ya Salam Travel & Tours sudah termasuk dengan visa umrah / visa pelancong.

Untuk yang pergi secara persendirian, Habibies boleh mengupah kami untuk membuat permohonan visa umrah atau visa pelancong bagi pihak Habibies.

S : Bagaimana jika saya ada sekatan ke luar negara?

J: Untuk menyemak status perjalanan ada keluar negara, semakan boleh dibuat ke pautan berikut : https://sspi.imi.gov.my/sspi/

Sekiranya ada halangan, Habibies diminta untuk menguruskan sekatan tersebut sendiri sebelum penerbangan. Pihak Ya Salam Travel & Tours tidak akan bertanggungjawab sekiranya Habibies terhalang ke luar negara.

5. PENGINAPAN & LOKASI

S : Di mana lokasi hotel yang disediakan?

J: Lokasi hotel kami adalah berbeza mengikut pakej umrah. Pakej Umrah Habibies Eksklusif menawarkan hotel di Makkah sedekat 50m dari Dataran Masjidil Haram.

S : Adakah pilihan hotel 3 hingga 5 bintang disediakan?

J: Ya. Kami menawarkan hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang mengikut pilihan pakej yang dibuat.

6. PENGANGKUTAN & MUTAWWIF

S : Adakah pengangkutan disediakan sepanjang perjalanan umrah?

J: Ya. Bas berhawa dingin dan model baharu disediakan untuk perjalanan antara lapangan terbang, hotel, dan lokasi ziarah utama / miqat. Bagi Pakej Umrah Habibies Eksklusif, Ya Salam Travel & Tours menawarkan Bas VIP untuk keselesaan jemaah.

S : Siapa yang akan membimbing jemaah?

J: Setiap pakej umrah kelolaan Ya Salam Travel & Tours, jemaah akan dibimbing oleh mutawwif bertauliah dan berpengalaman.

S : Adakah kami boleh memilih mutawwif kegemaran kami untuk pakej umrah Ya Salam?

J: Maaf, tidak boleh. Namun, Habibies boleh berbuat demikian sekiranya pakej umrah ada adalah pakej umrah custom untuk anda sahaja.

S : Boleh ke saya nak tempah mutawwif persendirian untuk umrah sahaja walaupun saya sebenarnya pergi dengan pakej?

J: Boleh, kami boleh uruskan, namun ada bayaran tambahan untuk mutawwif persendirian.

S : Jika saya nak ambil GMC untuk perjalanan jauh dari Madinah ke Makkah. Boleh ke?

J: Boleh, dengan bayaran tambahan.

7. PERSIAPAN JEMAAH

S : Apa yang perlu saya bawa semasa umrah?

J: Antara keperluan asas ialah pakaian ihram untuk lelaki, kelengkapan peribadi, ubat-ubatan, dan dokumen penting serta wang belanja. Habibies boleh minta senarai kelengkapan dengan pasukan Ya Salam melalui WhatsApp.

S : Adakah kursus umrah disediakan?

J: Ya. Kursus bimbingan umrah secara fizikal atau dalam talian akan disediakan sebelum berlepas bagi mempersiapkan mental dan rohani jemaah.

8. BAYARAN & POLISI PEMBATALAN

S : Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

J: Kami menerima pembayaran melalui pindahan bank, dan tunai sahaja.

S : Bagaimana jika saya ingin batalkan perjalanan?

J: Polisi pembatalan bergantung kepada tarikh pembatalan. Wang akan dikembalikan berdasarkan peratusan tertentu, tertakluk pada terma & syarat. Boleh rujuk dengan pasukan Ya Salam Travel & Tours berkenaan dengan pembatalan pakej umrah.

9. PEJABAT & SOKONGAN

S : Di mana lokasi pejabat Ya Salam?

J: Kami beroperasi dari Malaysia dan juga mempunyai ibu pejabat ke-2 di Madinah al Munawarrah.

Malaysia:
T3-19-18, 3Towers, 296 Jalan Kampung Berembang, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Madinah:
8641, Abi Dzar Alghifari Street, Hayyu Bani Harithah, 4578 Madinah Al Munawwarah, Kingdom Of Saudi Arabia.

S : Siapa yang boleh dihubungi jika ada masalah semasa di Tanah Suci?

J: Wakil kami di Madinah dan Makkah sentiasa bersedia 24/7 untuk membantu jemaah dari Malaysia. Nombor telefon akan diberikan kepada semua jemaah sebelum berlepas.

S : Pada siapa saya boleh hubungi berkenaan dengan pakej umrah yang saya dah tempah?

J: Semua jemaah berdaftar boleh menghubungi Ya Salam Care +6019- 8831787

10. KESIHATAN & KESELAMATAN

S : Adakah vaksin diperlukan?

J: Ya. Vaksinasi meningokokus (MenACWY) adalah wajib bagi semua jemaah. Sijil/Surat/Buku/Kad vaksinasi perlu dikemukakan bagi melancarkan permohonan visa.

S : Apa berlaku jika jemaah jatuh sakit?

J: Terus laporkan kepada mutawwif dan pegawai Haramain kami. Tindakan lanjut akan dilakukan pada hari berkenaan.

11. PAKEJ ISTIMEWA (RAMADAN & HAJI)

S : Adakah pakej umrah Ramadan ditawarkan?

J: Ada, Ya Salam Travel & Tours ada menawarkan pakej umrah di Bulan Ramadan. Boleh rujuk dengan pegawai Ya Salam Travel & Tours.

S : Adakah Ya Salam menawarkan pakej Haji?

J: Buat masa ini, kami belum menyediakan perkhidmatan haji. InsyaAllah, sekiranya ada di masa akan datang, kami akan war-warkan.

× Wasap Mutawwif! Klik>
My cart
Your cart is empty.

Looks like you haven't made a choice yet.