Habibies
Kenali Kami
Habibies -Ya Salam Travel & Tours
Yasalam Travel and Tours adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan Saudi Arabia, yang mengkhususkan perkhidmatan Umrah bagi rakyat Malaysia serta seluruh dunia. Dengan pakej-pakej yang disediakan, penyediaan umrah yang disesuaikan dan pengurusan Haramain dari Malaysia ke Jeddah, pastinya perjalanan Umrah menjadi lebih yakin dan lancar.
Visi kami adalah untuk menyediakan kemudahan, kepakaran yang tiada tandingan dan penuh dedikasi yang teguh kepada penziarah dan jemaah yang melakukan perjalanan suci Umrah dan Haji.
Menuju matlamat menjadi peneraju konsep Umrah Cara Anda dan peneraju sistem digital tempahan khidmat umrah terbaik Asia Tenggara yang dipercayai dan cemerlang.
Menjadi Online Travel Umrah Agency (OTUA) & menyertai Nusuk Partners sebagai pembekal perkhidmatan Umrah & Haji digital sebelum atau pada tahun 2027.
Kami di Ya Salam Travel & Tours berazam memperkasakan kepercayaan para Tetamu Allah & Tetamu Rasulullah, menyantuni Habibies sepenuh hati, komited memberikan lebih dari jangkaan hanya yang terbaik dan terindah untuk Habibies.
Melalui perancangan yang teliti, perkhidmatan yang tiada tandingan, dan penghormatan yang mendalam terhadap tradisi pelayanan, kami berusaha untuk membimbing para peziarah dalam pengalaman umrah dan ziarah yang membawa transformasi, memperkaya jiwa dan iman dan meninggalkan keindahan yang tidak dapat dilupakan di hati Habibies.
Ya Salam bermaksud Wahai Ketenangan! atau O Peace! “Salam” dalam bahasa Arab bermaksud kedamaian, mencerminkan keheningan, ketenangan dan keagungan ibadah ziarah & Umrah dan Haji. Ya Salam juga merupakan bahasa harian orang Arab sebagai satu ekspresi dalam menyampaikan rasa kagum, berpuas hati, atau menghargai.
Motto Ya Salam “Your Bridge To Haramain” menunjukkan bahawa Ya Salam adalah jambatan ke Haramain iaitu Makkah dan Madinah dan Ya Salam sebagai perantara kepada selok belok perjalanan ke Tanah Suci.
Ahlan bik! Kenali
Pengurusan Habibies.
